Login Help Register
Memang Lumayan
.. dagang pak malau dagang bertempat, dagang me menumpang lalu ..

Tentang : en_me

Nama Gelaran en_me
Umur 42
Jantina Lelaki
Bandar
Negeri/Negara Marshall Islands
Status Perkahwinan Tinggal Berasingan
Kaum Mongolian

Sunday, January 1, 2012

sawadeekap! khop kun krap!

Danok Town, Thailand

Me baru balik dari jalan-jalan Siam minggu lepas. Cuti2 hari krismas me sudah jalan2 pergi Thailand sorang diri macam biasa. Masuk ke negara gajah putih untuk pertama kali memang pengalaman yg mencabar juga. Tapi alhamdulillah me selamat pergi dan balik.

Me ikut pintu keluar di Bukit Kayu Hitam (Kedah), pekan Danok, terus ke Sadao, limpas Hatyai, Phatthalung, ikut bypass Trang, dan tiba di bandar Krabi. Enam jam perjalanan memandu kereta. Balik ke sempadan pon sama lamanye.

Alahai.


Tag/Label : thailand jalan-jalan
Dipostkan @ 05:48 PM | 5 Komen | Report Abuse

Thursday, November 10, 2011

MIRIKEL DIDEPAN KAABAH

The Kaaba is a cuboid-shaped building in Mecca, Saudi Arabia, and is the most sacred site in Islam

Dah empat poh hari me di Tanah Suci Mekah al-Mukarramah ini.

Esok dah nak balik Masai.

 


Tag/Label : mekah
Dipostkan @ 08:03 PM | 7 Komen | Report Abuse

Wednesday, June 8, 2011

JALAN JALAN DI BAWAH BAYU

Kota Belud, Sabah

Naik basikal pergi ke Sabah
Pergi ke Sabah naik basikal
Adakah logik dan munasabah bahh
Pergi ke Sabah naik basikal?

Semalam (Ahad) me baru balik dari KK bah. Selama 5 hari 4 malam, me dah terjah Kota Belud, Kudat, Tambunan, Keningau, Sipitang.

Terimakasih pd akak aida, abgnya Tahir dan famili yg sudi bawak me dan aDm jalan-jalan.

Masih penat nih.

Alahai.


Tag/Label : travel sabah
Dipostkan @ 11:04 PM | 4 Komen | Report Abuse

Monday, May 30, 2011

SEKALI MENGINJAK GAS, DELAPAN TEMPAT WISATA TERLAMPAUI

the first bridge of Penang

Tanggal 16 – 17 Mei 2011 yll, saya (sorang diri) melakukan perjalanan liburan dengan travelling ke pulau Pinang dan sekitarnya. Selama 24 jam, lebih 300 km saya jalani bersama cikputih. Dan di pulau Pinang itu 8 tempat wisata saya lawati : Jambatan Penang, Kek Lok Si Temple, Empangan Air Itam, Jeti Teluk Bahang, Masjid Terapung Tanjung Bungah, Teluk Tempoyak, Pantai Robina dan Pantai Bagan Ajam. Catatan perjalanan ini saya maksudkan hanya sekedar untuk berbagi cerita ringan, siapa tahu bisa menjadi selingan yang menghibur.

Har har har, sesekali cakap indon lah pulak. Layann.

Alahai.


Tag/Label : travel penang
Dipostkan @ 07:02 PM | 2 Komen | Report Abuse

Wednesday, May 4, 2011

pasti banyak cewek yg cantik2 d sana ya mas

 

fourgirls0114

Bratan Lake, Bali, Indonesia

"pasti banyak cewek yg cantik2 d sana ya mas", kata abg kul abg kul

"cewek sana cantik ke cewek malaysia cantik...", gelak akak mutiara manje mutiara manje

"Tak tersangkut ke dengan cewek kat sana.", tanye wak mascotek wak mascotek

"cewek bali tak cun..lainla kt bandung..", bilang akak sueri akak sueri

Me sengih saja.

Alahai.

 

 


Tag/Label : travel indonesia
Dipostkan @ 07:08 AM | 6 Komen | Report Abuse

Tuesday, May 3, 2011

Berwisatawan di Bali

absolutely must for every Bali tourist is the visit of the temple Pura Tanah Lot

Minggu lepas (22 – 25 April 2011) me dah sampai pulau Bali, Indonesia. Ikut phototrip Nikonian Academy.

Memang seronok. Dan yg paling penting, banyak yg me belajar tentang photography.

Alahai.


Tag/Label : travel indonesia
Dipostkan @ 07:13 PM | 6 Komen | Report Abuse

Wednesday, April 6, 2011

In Memory of Uncle Kamal

"a friend in need is a friend indeed"
Taman Seri Gombak, circa January 2008

Hampir sebulan uncle kamal meninggal dunia. Me nak citer sikit pasal uncle kamal yg me anggap sebagai blogger tegar dan berhati budiman. Ramai yg tahu me mula berblog sejak 4 tahun yg lampau. Blog yg mula2 me buat adalah di ekawan ini. Dan uncle kamal adalah orang yg pertama komen blog me. Mula2 me terkejut jugak sbb tengok profilenya.  Orang tua dah 73 tahun uoolss. Tapi lama-kelamaan me dapat sesuaikan diri dgn komen2 uncle kamal yg bernas, simple dan gentleman . Betul kata uncle, ‘a friend in need, is a friend indeed’.

Alfatihah wat uncle kamal itu.


Tag/Label : very sad u know
Dipostkan @ 09:09 PM | 8 Komen | Report Abuse

Wednesday, December 1, 2010

Taman Orkid Kuala Lumpur

Orchids are a Malaysian favourite, with both commercial gardeners and hobbyists. This garden attracts flower-lovers from all over the world.

Semalam (selasa), tiada kemana-mana sangat. Sebab penat seharian di banjaran genting itu.

Tapi sempat lagi me perbaharui paspot antarabangsa di putrajaya.

Dan tengahari sudah tiba di taman orkid kuala lumpur. Tapi cadangan hendak ke taman bunga raya, serta taman kancil dan rusa terpaksa dibatalkan kerana hujan sudah turun mencurah-curah kucing dan anjing.

Beatiful orchids I snapped yesterday.

Alahai.


Tag/Label : travel kuala lumpur
Dipostkan @ 10:46 PM | 5 Komen | Report Abuse

Wednesday, December 1, 2010

Ini Dia 5 Negara Terfavorit Wisatawan

On 1 January 1982, the clock tower (of the Sultan Abdul Samad Building) became the venue for another historic event when the time between Peninsular Malaysia, Sabah, Sarawak and Singapore were standardized.

Tajuk me ambil di sini.

Sebenarnya me sedang cuti-cuti kuala lumpur.

Letak satu gambar dulu.

Alahai.


Tag/Label : travel kuala lumpur
Dipostkan @ 07:00 AM | 3 Komen | Report Abuse

Thursday, November 25, 2010

Ducati Desmosedici

Ten ringgit only, but there is a catch. You need to buy two litres of Shell Advance oils

 

Pagi semalam (Rabu) semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Berhenti isi minyak skuter kesayangan me yg itu di stesen minyak shell jalan ampang, dekat taman dagang.

Me tertarik pada iklan promosi model motorsikal ducati merah yg mancongkam. Enam hinggit setiap satu.

Me terus ke kaunter, kata nak beli. Tapi brader kaunter kata kena beli minyak hitam [+ shell advance ]. Mula-mula ingatkan kena beli satu, tapi dua botol rupanya. Tapi sepoh hinggit pula – sebab me beli minyak hitam yg murah saja.

Alahai.


Tag/Label : toy motorcycle
Dipostkan @ 06:17 PM | 1 Komen | Report Abuse

Wednesday, November 24, 2010

Muar Bridge, it is

Sultan Ismail Bridge of Muar

Ahad petang, selepas hantar aTi (18) ke hostelnya di jasin, me terjah ke bandar muar.

Sempat juga singgah menjenguk beca gergasi (kesang) dan jambatan kedua (tanjung agas).

Alahai.


Tag/Label : travel johor
Dipostkan @ 05:30 AM | 3 Komen | Report Abuse

Monday, November 22, 2010

Pondok Burukku

this is my first house

Alhamdulillah. Me sudah tiba di tanahair dengan selamat.

Semalam (Sabtu) me sudah balik kampung. Jumpa ayahnda.

Bincang pasal pondok buruk me yg sudah lama tidak dihuni orang. Akhirnya, selepas dua poh tahun usia pondok itu, seusia dengan aDm (20), me ambil keputusan untuk merobohkan dan memindahkannya.

Alahai.


Tag/Label : property johor
Dipostkan @ 08:37 PM | 3 Komen | Report Abuse

Thursday, November 18, 2010

aidiladha di melbourne

State Library of Victoria – where you can use 15 minutes of free internet

Semalam pagi-pagi me bersolat sunat aidiladha di masjid fawkner – komuniti pakistan. Ikut mazhab hanafi, tiga takbir selepas takbiratullihram. Khutbah sepenuhnya dalam bahasa arab.

Alahai.

 


Tag/Label : travel melbourne
Dipostkan @ 04:43 AM | 3 Komen | Report Abuse

Monday, November 15, 2010

Sydney Backpack

In Sydney harbour for less than 36 hours

Me baru balik dari berwisatawan ke kota sydney yg cantik dan menawan.

Dari jambatan sydney dan rumah opera sydney, hinggalah ke kerusi isteri macquarie.

Letak satu gambar sudah.

Alahai.


Tag/Label : travel sydney
Dipostkan @ 03:27 AM | 3 Komen | Report Abuse

Friday, November 12, 2010

Hot-air balloon

Depending on the wind direction, sometimes the hot-air balloon will land near to your hotel just before having breakfast

Me memang teringin nak terbang guna belon udara panas itu. Dengan pilihan terbang atas bandaraya melbourne di waktu dinihari atau di atas lembah yarra yg cantik disebelah timur juga.

Tapi dengan harga tiket mencecah sehibu hinggit sekali terbang sebelum fajar, kena fikir tujuh lapan kali juga. Lapan lagi.

Lebih baik me pergi ke sydney. Tak gitu kengkawan. *Ketawa.

Alahai.


Tag/Label : travel melbourne
Dipostkan @ 05:12 AM | 2 Komen | Report Abuse

Monday, November 8, 2010

Houses & Gardens

Rippon Lea Estate

Aktiviti hari Sabtu, mula-mula me ingat nak ikut bas pelancongan ke Grampians yg ada air terjun yg cantik. Tapi tiket habislah sudah.

Jadi, me melawat dua buah rumah klasik di Melbourne. Tiadalah keluarga yg menghuni kedua-dua rumah sejarah tersebut dan sekarang dijaga oleh kerajaan yg memerintah. Keadaan rumah yg dijadikan seperti muzium dan masih seperti sedia kala adanya.

Mula-mula me pergi ke rumah sejarah Como. Naik bas nombor 8. Me beli tiket masuk taman dan lawatan dalam rumah.

Selepas itu me terjah ke rumah Rippon Lea yg terletak di selatan St Kilda. Me beli tiket masuk ke dalam taman. Sambil test, uji dan periksa kamera ‘mykenon‘ me yg selalu kena kutuk-kutuk itu. *Ketawa.

Kedua-dua rumah tersebut mengingatkan me tentang istana kellie (Kellie’s Castle) yg terbengkalai dalam pembinaan di Ipoh itu.

Como Historical House

Alahai.


Tag/Label : travel melbourne
Dipostkan @ 02:43 AM | 2 Komen | Report Abuse

Sunday, November 7, 2010

Berpetualang di bumi kanggaru

Melbourne General Cemetery, Lygon Street

Hari-hari me limpas kawasan kubur.

Tempat me bekerja dan menginap di sini sepelaung saja jaraknya dari tempat perkuburan awam yg besar dan luas semedang. Walaupun kubur awam, tetapi terdapat kubur-kubur lama pendatang terkenal zaman penjajah. Termasuk peneroka Victoria yg popular yg menjelajah ke utara benua Australia spt Robert O’Hara Burke dan William John Wills.

Alahai.


Tag/Label : travel melbourne
Dipostkan @ 03:54 AM | 1 Komen | Report Abuse

Saturday, November 6, 2010

Williamstown Beach Sunset

Luckily just in time, I got the opportunity to snap the sunset view at Williamstown Beach

Cerita petang khamis malam jumaat kelmarin. Me sudah bercadang nak ke pantai williamstown yg terletak di barat bandaraya melbourne. Tujuan nak tangkap gambar matahari tenggelam.

Tapi tidak disangka, buah cempedak dah jadi nangka. Ada kejadian orang digilis keretapi di stesen southern cross. Hampir kesemua perjalanan tertunda sejam.

Bila tiba di pantai itu, sempat juga menangkap mentari merah di ufuk barat.

Begitu juga dalam perjalanan pulang. Jadual keretapi beberapa kali tergendala.

Alahai.


Tag/Label : travel melbourne
Dipostkan @ 02:56 AM | 2 Komen | Report Abuse

Friday, November 5, 2010

Mencari Jalan Tuhan

Searching for Tuhan Street (Chadstone, Victoria)

Sebenarnya sudah lama me hendak mencari jalan Tuhan yg itu. Sejak dari bulan yg lepas lagi.

Olehkerana hari Selasa hari cuti umum, jadi me ambil peluang terjah dengan menaiki tram juga.  Perjalanan yg agak jauh (Melbourne Central ke Glen Waverley), turun di stesen Holmesglen. Tapi tidaklah sejauh semasa me pergi melawat bunga2 tulip bulan lepas.

Pencarian yg agak mencabar juga. Dan kekeliruan berlaku bila macha budak india penjaga kedai di stesen minyak caltex itu pun tidak tahu dimana. Membuatkan me terpaksa membuang masa berjalan kaki lebih sejam ke arah selatan dan berpatah balik. Padahal jalan Tuhan cuma dibelakangnya saja.

Alahai.


Tag/Label : travel melbourne
Dipostkan @ 03:04 AM | 2 Komen | Report Abuse

Wednesday, November 3, 2010

Melbourne Cup Day

‘Fashions On The Field’ is a major focus of the day, with substantial prizes awarded for the best-dressed man and woman. I found these two ladies inside a tram from the Flemmington Racecourse station and asked their permission to snap the photo.

Hari Isnin me baru tiba di Melbourne. Sebab hari pengembaraan jadi me tidak datang ke pejabat.

Pagi Selasa keesokannya pula, seperti bulan yg lepas, me pun bersiap-siap ke pejabat.  Tapi sungguh tak me sangka, buah cempedak dah jadi nangka. Bila tiba di perkarangan tempat letak kereta, cuma ada sebiji kereta saja. Rupa-rupanya hari ini (semalam) cuti umum pula. Sempena hari ‘lumba kuda sedunia’ di Melbourne. [+ Melbourne Cup Day - wikipedia ]

Jadi, aktiviti jalan-jalan semalam, me cuma mencari jalan Tuhan (nanti me cerita oke) dan ke tempat lumba kuda yg popular di Flemington Racecourse itu. Dan yg menariknya semalam, sepanjang jalan dan dalam tram dimana-mana ramailah orang-orang perempuan bule yg memakai hiasan di kepala. Manakala orang lelakinya pula berkot yg kemas dan bertalileher juga.

Without an admission ticket, you cannot join them.

Alahai.


Tag/Label : travel melbourne
Dipostkan @ 01:02 PM | 1 Komen | Report Abuse

Halaman: < Prev . 1 . 2 . 3 . 4 . 5 . Next >
Hakcipta © ekawan.com. Enjin Cari Kawan!™. Semua syarat tertakluk.